Persediaan Berpuasa Buat Ibu Menyusu.
Assalamualaikum ...
Ramdhan hampir tiba, jadi ibu-ibu yang menyusu, pastinya sudah mula risau untuk
menghadapi bulan Ramadhan. Apalagi jika bukan risau mengenai susu
merudum. Walaupun bulan Ramadhan jauh lagi, ada ibu-ibu yang sedang
menggantikan puasa atau mengamalkan puasa sunat.
Buat ibu yang menyusu, jangan risau, puasa tidak akan menjejaskan hasil EBM anda. Sebaliknya, kerisauan anda mengenai “mesti susu aku merudum bulan puasa nie!”, atau, “alamak, aku tak sempat nak buat stok EBM extra untuk bulan puasa nie, nak kena standby FM setin nie!”,
yang akan menyebabkan susu anda berkurangan. Ini di sebabkan oleh
stress, mood swing, tension etc. Walau bagaimanapun, saya kongsikan
sedikit panduan bagi ibu-ibu untuk berpuasa.
Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.
Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
(4) Makan 3 biji Alfalfa
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
(4) Makan 3 biji Alfalfa
Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk mendapatkan hasil terbaik).
(4) Makan 2 biji Alfalfa
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk mendapatkan hasil terbaik).
(4) Makan 2 biji Alfalfa
Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.
Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.
Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan
sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan
100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat dan boleh
menggangu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak
menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang
banyak.
Selain daripada pengambilan vitamin, saya sangat-sangat menggalakkan
ibu menyusu untuk mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. Kurma
juga salah satu makanan yang membantu membanyakkan susu. Sebaiknya
ambil kurma yang sedikit basah dan tidak terlampau kering.
Saya sendiri pernah terlewat bangun sahur semasa puasa sunat tetapi
saya dah letakkan kurma, sekotak air susu coklat dan air masak di tepi
katil. Jadi, bila bangun cepat-cepat ambil kurma sebanyaknya, minum air
susu dan minum air masak sebanyaknya. Alhamdulillah, saya kekal segar
dan sihat sepanjang hari dan alhamdulillah, hasil perahan susu tak
banyak berbeza seperti masa tidak berpuasa.
Namun, perbezaan yang ketara ialah, anda akan menjadi lebih letih
dan dehidrasi kerana proses berpuasa + pengeluaran susu tersebut.
Apabila terlalu letih dan tidak bertenaga, ini yang menjejaskan mood
anda, seterusnya memberi impak pada penghasilan susu. Sebab itulah
perlunya anda mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran anda
sepanjang hari seperti kurma, oats, dan supplements – terutama ESP dan
Performance Drink.
Saya juga pernah tak bangun langsung untuk bersahur dan malam tu
kurang makan. Alhamdulillah, saya mampu menghabiskan puasa tetapi
hampir tumbang. Dalam jam 6 petang saya mula mengigil-gigil kerana
terlampau lapar. Lagi pula masa tu Muadz mengalami growth spurt dan
memang banyak menyusu.
Jadi persiapkan diri anda sebaik-baiknya sebelum berpuasa ya!
sumber : GenkiMomma
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.