Set B (Penyusuan Basic)

Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa

Mari kita lihat kebaikan setiap vitamin yg ada dalam Set B;

1. B-Complex Shaklee
  • Menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
TIPS:
B-complex Shaklee perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisme badan membawa kepada rasa lapar. Maka jika diambil SEBELUM MAKAN, anda berkemungkinan akan makan lebih banyak lagi..

2. Vita-C@ Sustained Release Vita-CTM 500 mg 
  • Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam 
  • Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
  •  Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Apakah perbezaan Shaklee?
“Sains pembebasan secara berterusan secara semulajadi” Vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya[500mg] dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee [ di dalam jurang masa 5 jam] mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid [ 25% dari bioflavonoid diekstrak dari kuit buah] yang juga dikenali sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemapuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
sumber : AnakkuWiraku

3. Vita-Lea @ Vita-Lea® Iron Formula 
Merupakan Multi vitamin & Multi mineralMulti yang Hebat. Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.* 
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. 
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

4. Alfalfa 
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alafalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).

Berminat?
Hubungi saya di hafeesza@gmail.com atau SMS ke 011-1432 6554 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Yang Mane Pilihan Anda?

Buat panduan ibu dan bapa baru, yang masih mencari-cari, atau keliru untuk memilih set vitamin penyusuan mana yang sesuai dengan ibu dan bayi. Berikut saya senaraikan 4 set vitamin untuk penyusuan yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi daripada pengguna vitamin Shaklee.
Empat set itu ialah:

1. Set B (Vitamin Asas Penyusuan dengan Alfalfa)
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.

2. Set Eu Four Pack (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium)
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E (Set Penyusuan dengan Alfalfa dan Kalsium)
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

4. Set Tripple M (Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP) 

- highly recommended!
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka, set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit (kurang EBM stock!).
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.

Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....


Berminat?
Hubungi saya di hafeesza@gmail.com atau SMS ke 011-1432 6554 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

Info : Supplemen dan Penyusuan Susu Ibu

Untuk pengetahuan anda semua, suplemen dan penyusuan susu ibu penting dalam menangani masalah kekurangan susu itu.

Seandainya anda mengambil vitamin untuk tujuan penyusuan, perlulah diingat bahawa vitamain bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Namun vitamin yang diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga,ceria dan terus bersemangat dan secara tidak langsung membantu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Lebih sihat ibu, lebih banyak susu dapat dihasilkan, disamping bantuan vitamin dan doa.

Konsep asas penyusuan perlu difahami terlebih dahulu iaitu;

"LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN."

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh displin dan konsisten.
  • Kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu bekerja, sesi perahan dilakukan dengan konsisten setiap 3jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
  • Memastikan pengambilan air yang seimbang dan mencukupi setiap hari iaitu tidak kurang dari 3liter sehari, serta memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
  • Sentiasa berdoa dan mengamalkan zikir bukan semasa sesi perahan tetapi menjadikan rutin harian.
Peringatan  : ALFAFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE

Berminat? Hubungi saya di hafeesza@gmail.com atau SMS ke 011-1432 6554 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Set Diet - Weight Management


Mari kita lihat apa suplemen yang ada dalam Set Diet - WM. Sebelum itu, mari kita faham apa fungsi setiap suplemen di dalam set ini.

Apakah fungsi setiap suplemen dalam Set Mengawal Berat Badan Shaklee?

MEMBAKAR LEMAK
Berat berlebihan adalah berpunca daripada pengumpulan lemak berlebihan dalam badan. Ia perlu dibakar/ dicairkan terlebih dahulu sebelum boleh dinyahkan dari badan. Suplemen yang sesuai untuk membakar lemak adalah:

Lecithin
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat pada pembuluh-pembuluh darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
Omega Guard
  • Mengandungi asid lemak Omega 3 yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan.
  • Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar.
  • Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar.
  • Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3.
Gerenti nanti ada yang bertanya, “So nak ambik Lecithin ker.. Omega Guard?”. Jawapan saya mudah ajer. Semua bergantung kepada tahap kemampuan anda. Takde main paksa-paksa ok! Kalau nak cepat, macam naik kapal terbang, kena lah beli tiket mahal sikit. So, kalau nak bakar lemak dengan cepat, pilih lah Omega Guard.

MEMBUANG TOKSIK
Setelah lemak dibakar/ dicairkan, ia perlulah dikeluarkan dari badan, takkan nak simpan jer jadi pekasam, kan? Proses membuang pula haruslah buang sehabis-habisnya, tak nak ada sikit pun tertinggal. Suplemen yang sesuai ialah:

Herb-Lax
  • Membersihkan najis tersekat
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
Alfalfa
  • Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
  • Membantu membuang angin dalam badan.
  • Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Melegakan sembelit
Mana satu nak ambik? Sama juga, bergantung pada kemampuan dan keperluan. Herb-Lax ni lebih fokus kepada detoksifikasi, manakala Alfalfa mempunyai banyak lagi khasiat lain seperti milk-booster, memberi kelegaan semasa haid, merawat atrhitis, elergi, ekzema dan athma, menghilangkan kelesuan dan tekanan, mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang, meneutralkan asid dalam badan, merawat masalah keputihan pada wanita, membesar dan menegangkan payudara, bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri, memulihkan urat selepas bersalin, meningkatkan stamina seorang suami dan melegakan sakit sendi dan belakang.

MEMBINA OTOT
Setelah lemak dibakar dan dibuang dari badan, anda mungkin mengalami keadaan dimana kulit dan otot menjadi kendur. Sebab itu anda perlukan suplemen untuk membina semula otot-otot tersebut. Suplemen yang sesuai ialah:

Cinch Shake
  • Minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Didatangkan dalam 3 pilihan perisa iaitu cafe latte, chocolate dan vanila.
  • Diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.
  • Leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.
  • Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.
Energizing Soy Protein (ESP)
  • Dihasilkan daripada kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) dan terkenal sebagai energy-booster atau pemangkin tenaga. Tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan termasuklah 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri.
  • Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 x ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan.
  • Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Lebih kurang sama jer kan? Nak pilih yang mana satu? Ikut bajet anda, ok! Kalau suka yang berperasa sedap, pilih lah Cinch Shake.
Apapun, nak mendapatkan berat badan idaman perlu ada disiplin. Suplemen hanya membantu mengawal berat badan anda, tapi anda juga perlu mengubah tabiat makan. Contohnya, jangan makan sebelum lapar. Kalau ada kesempatan, sekali sekala keluar lah bersenam. Dalam masa yang sama, anda perlu minum air masak yang cukup, sekurang-kurangnya 3L air bagi memastikan semua suplemen diserap dengan sempurna oleh badan dan memudahkan toksik dibuang keluar dari badan.


Berminat?
Hubungi saya di hafeesza@gmail.com atau SMS ke 011-1432 6554 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Set Penyusuan Shaklee






Mungkin ibu-ibu diluar sana masih tercari-cari apakan supplement terbaik untuk penyusuan. Di sini, Manje Boutique ada menawarkan juga supplement sesuai untuk ibu-ibu menyusu iaitu Set Penyusuan dari Shaklee.

Sejujurnya, jika anda pergi sendiri ke mana-mana cawangan Shaklee se-Malaysia, dan terus meminta breastfeeding set, kemungkinan besar mereka akan termangu sebentar.


Namun, mengapakah kami beriya-iya berkongsi dan mempromosikan set penyusuan Shaklee kepada anda, 



Jawapannya...



Kami mungkin bukan bergelar LC (Lactation Councelor), mahupon PC (Peer Councelor), tapi, kami juga ibu menyusu (6 bulan eksklusif susu ibu, seterusnya penyusuan penuh susu ibu sehingga bayi berusia 2 tahun) seperti anda! Melalui pengalaman kami yang sekelumit ini, dan melalui pembacaan dan rujukan, kami yakin dan berani kongsikannya dengan anda. Bukan sekadar omongan kosong.



Sebelum itu, 2 kunci utama yang anda perlu ingat ialah :

(1) Supplements BUKAN ubat. Supplements BUKAN milk booster
Supplements ialah pemakanan tambahan, yakni makanan kepada sel badan.

(2) Konsep "demand vs supply" dalam menjayakan penyusuan. Semakin kerap anda kosongkan payudara, samaada melalui penyususan terus kepada bayi atau perahan (pumping), semakin banyaklah susu anda. Supplements hanyalah "pembantu" kepada proses "demand vs supply" ini.

Dah clear(^_-)

Ok, jom tengok apakah set supplements Shaklee yang kami cadangkan (dan kami sendiri amalkan) untuk menjayakan penyususan bayi nie...

(1) Alfalfa Set (Basic).
  • Vita-Lea Iron fortified
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa

(2) Alfalfa Set with OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag).
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • OsteMatrix

(3) Alfalfa Set with Energizing Soy Protein (ESP).
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)

(4) Alfalfa Set, with Protein and Performance Drink.
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Performance Drink
Nota : Ini sekadar cadangan. Anda juga boleh menambah vitamin lain seperti OmegaGuard, yang boleh membantu meningkatkan kandungan DHA di dalam kandungan susu ibu, selain dari membantu kawal paras kolesterol dalam badan si ibu. 



So, feel free to ask me ;)
Mengapakah kami cadangkan set yang terdiri daripada supplements di atas?



Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.

Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.



B-Complex : 

Penting bagi ubat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah, kan?

Vitamin-C : 
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

Alfalfa : 
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alafalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).

Seperti namanya - ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tue, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh laa minum segelas ESP.

Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.

Memberi & kekalkan tenaga, mengelakkan ibu dehidrasi, dan sangat membantu ibu berpuasa sambil menyusu. Jika ada sesiapa di antara ahli keluarga anda yang demam, berikan segelas Performance Drink kepadanya. Insya Allah, badan tidak akan dehidrasi, dan rasa lebih bertenaga walaupun demam.

Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.

Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.

Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.

Lain-lain yang turut membantu menjayakan penyususan ialah NutriFeron (Shaklee powerful Immune Booster). Ianya bukanlah membantu memperbanyakkan susu, sebaliknya membantu untuk boost semula sistem imun ibu dan bayi. Jika anda menyusu, namun masih mendapati anak anda kerap demam dan berpanjangan, cubalah Shaklee NutriFeron ini. 

Owh ya, setelah anda mengetahui kepentingan setiap satu supplements yang kami cadangkan, bolehlah dapatkan set penyususan ini melalui kami, mahupon pergi terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda.

Masih tak tahu nak pilih set penyusuan yang mana satu? Ok, saya berikan sedikit tips hari ini ya..


Set 3M*
Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. 

Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?

1. Ibu kepada bayi kembar

2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.

3. Ibu yang nak kumpul stok.

4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.

5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.


Set E*
Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 

Siapa yang sesuai ambil?

1. Ibu yang sering keletihan melampau.

2. Ibu yang alah dengan susu lembu.

3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.

4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.


Set B*
Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa 

Siapa yang perlukannya?

1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.

2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.

3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.

Set Eu Four Pack*

Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.

1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.

2. Ibu yang keletihan.

3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.

4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.


Sumber rujukan : http://www.genkimomma.net


Berminat untuk mencuba? @sms/whatapps : 011-1432 6554