Info : Supplemen dan Penyusuan Susu Ibu

Untuk pengetahuan anda semua, suplemen dan penyusuan susu ibu penting dalam menangani masalah kekurangan susu itu.

Seandainya anda mengambil vitamin untuk tujuan penyusuan, perlulah diingat bahawa vitamain bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Namun vitamin yang diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga,ceria dan terus bersemangat dan secara tidak langsung membantu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Lebih sihat ibu, lebih banyak susu dapat dihasilkan, disamping bantuan vitamin dan doa.

Konsep asas penyusuan perlu difahami terlebih dahulu iaitu;

"LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN."

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh displin dan konsisten.
  • Kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu bekerja, sesi perahan dilakukan dengan konsisten setiap 3jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
  • Memastikan pengambilan air yang seimbang dan mencukupi setiap hari iaitu tidak kurang dari 3liter sehari, serta memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
  • Sentiasa berdoa dan mengamalkan zikir bukan semasa sesi perahan tetapi menjadikan rutin harian.
Peringatan  : ALFAFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE

Berminat? Hubungi saya di hafeesza@gmail.com atau SMS ke 011-1432 6554 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.