Persediaan Berpuasa Buat Ibu Menyusu.

Assalamualaikum ...

Ramdhan hampir tiba, jadi ibu-ibu yang menyusu, pastinya sudah mula risau untuk menghadapi bulan Ramadhan. Apalagi jika bukan risau mengenai susu merudum. Walaupun bulan Ramadhan jauh lagi, ada ibu-ibu yang sedang menggantikan puasa atau mengamalkan puasa sunat. 

Buat ibu yang menyusu, jangan risau, puasa tidak akan menjejaskan hasil EBM anda. Sebaliknya, kerisauan anda mengenai “mesti susu aku merudum bulan puasa nie!”, atau, “alamak, aku tak sempat nak buat stok EBM extra untuk bulan puasa nie, nak kena standby FM setin nie!”, yang akan menyebabkan susu anda berkurangan. Ini di sebabkan oleh stress, mood swing, tension etc. Walau bagaimanapun, saya kongsikan sedikit panduan bagi ibu-ibu untuk berpuasa.

Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.

Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
(4) Makan 3 biji Alfalfa

Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk mendapatkan hasil terbaik).
(4) Makan 2 biji Alfalfa

Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.

Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.
Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan 100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat dan boleh menggangu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Selain daripada pengambilan vitamin, saya sangat-sangat menggalakkan ibu menyusu untuk mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. Kurma juga salah satu makanan yang membantu membanyakkan susu. Sebaiknya ambil kurma yang sedikit basah dan tidak terlampau kering.

Saya sendiri pernah terlewat bangun sahur semasa puasa sunat tetapi saya dah letakkan kurma, sekotak air susu coklat dan air masak di tepi katil. Jadi, bila bangun cepat-cepat ambil kurma sebanyaknya, minum air susu dan minum air masak sebanyaknya. Alhamdulillah, saya kekal segar dan sihat sepanjang hari dan alhamdulillah, hasil perahan susu tak banyak berbeza seperti masa tidak berpuasa.
Namun, perbezaan yang ketara ialah, anda akan menjadi lebih letih dan dehidrasi kerana proses berpuasa + pengeluaran susu tersebut. Apabila terlalu letih dan tidak bertenaga, ini yang menjejaskan mood anda, seterusnya memberi impak pada penghasilan susu. Sebab itulah perlunya anda mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran anda sepanjang hari seperti kurma, oats, dan supplements – terutama ESP dan Performance Drink.

Saya juga pernah tak bangun langsung untuk bersahur dan malam tu kurang makan. Alhamdulillah, saya mampu menghabiskan puasa tetapi hampir tumbang. Dalam jam 6 petang saya mula mengigil-gigil kerana terlampau lapar. Lagi pula masa tu Muadz mengalami growth spurt dan memang banyak menyusu.

Jadi persiapkan diri anda sebaik-baiknya sebelum berpuasa ya!

sumber : GenkiMomma

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.